Saturday, December 3, 2011

Kisah cinta!!




Setiap manusia ada kisah cinta masing-masing. Semua kisah cinta berbeza, ada keunikannya tersendiri. Terkadang hati kita terbuka untuk orang yang sedari awal kita tahu kita tidak dapat memilikinya di atas sebab-sebab tertentu (bukan suami/isteri orang).

Begitu juga kisah cintaku. Ada keunikannya tersendiri. Aku sendiri tidak memahami hatiku sendiri. Mengapa aku mencintai insan yang memang sedari mula telahku ketahui yang memilikinya adalah sesuatu yang walaupun tidak mustahil tapi agak sukar. Dia sendiri memberitahu kepadaku yang seandainya dia menikahiku, aku akan sering menangis.

Telah sering kali aku cuba untuk membunuh perasaanku ini. Tapi ianya tetap mengisi ruang minda dan hatiku. Terkadang, aku tertanya-tanya kepada diriku sendiri kenapa begitu sukar untuk aku melupakan dia tapi aku gagal untuk mendapat jawapannya. Cinta itu aneh. Tapi manusia merasakan kenikmatan cinta di sebalik keanehan itu.HAHA!!

No comments:

Post a Comment